Mirai no tame gambarimasu

baru je keja, tapi masih kena belajar.

My Photo
Name:
Location: Birm, United Kingdom

Nak masuk winter kembali. main snowboard best gak ni.

Saturday, January 07, 2006

Butterfly story

Instead of taking advance heat transfer, I opted for Elasticity.
One of the reasons is because the lecturer, Dr. Hishamuddin Alham,
the one who came out with the butterfly story. as per below.
insyaallah, mari kita ambil iktibar mana yang boleh.




Kisah ini sering saya sebut dalam ceramah-ceramah yang
saya sampaikan mahupun dalam kelas semasa kuliah
Kejuruteraan Mekanikal yang saya ajar.


Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan
kepompong. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut untuk
keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis
tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si
anak kupu-kupu itu tadi.


Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut
dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu dengan
harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan
mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana
kupu-kupu itu cacat seumur hidup dan tidak dapat
terbang.


Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu
perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya
mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak tersebut
dan memperkukuhkan binaannya.


Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan,
perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita
berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau
Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan
dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita
ini.


"Sometimes struggles are exactly what we need in our
life. If Allah allowed us to go through life without
obstacles, it would cripple us. We would not be as
strong as we could have been.

And... we would never fly."

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham


Moga tahun ini menjadikan kita semua lebih kuat dan lebih tabah, physically and mentally as well.

Thursday, January 05, 2006

Tekadku

A couple of week into the new year has brought me lots of realizations.
For one, i'm going to be jobless!
scary thought given that i've accustomed to mothly salary.
insyallah, ada lah rezeki nanti, kalau saya berusaha.

Class has started and today is the last day for registration.
tak tau lagi mana nak pilih between elasticity dan adv. heat transfer...
very different branch of engineering both of them.
tengoklah a few more hours of thinking.
dah solat istikharah, tapi boleh plak tak nyenyak tidur malam tadi hehe

Tak de fikir pasal azam tahun baru ke apa ke....
tapi dua tiga hari nih, i just kept saying to myself.

'aku tak nak kalah lagi, aku nak menang.'

aku tak nak kalah pada keadaan, aku tak nak kalah pada diri sendiri.
aku nak menang.
Aku dah bosan asyik being a modiocre guy.
penat just going with the flow.

I don't want to be a loser who can't control what can be controlled.

breath in

breath out.

fuhhh........

Bismillahirrahmanirrahim